Monday, December 18, 2006

Jamuan Krismas di Nursery

14 Disember, 2006

Tradisi

Jamuan Krismas merupakan satu tradisi di Nursery ini. Walaupun kebanyakkan pekerja di sini Islam, mereka turut mengadakan jamuan krismas ini. Semua pekerja di sini di minta mencabut satu nama untuk di berikan hadiah pada hari tersebut. Permainan ini dinamakan 'Secret Santa'. Jadi kita tidak akan tahu, siapa 'Santa' kita yang akan beri hadiah pada hari tersebut.

Tema
Tema untuk hari tersebut pula ialah Putih dan Merah. Jadi pada hari tersebut, semua staff di minta memakai pakaian berwarna merah dan putih. Aku memakai baju kurung merah kerana bangga dengan baju tersebut yang melambangkan Malaysia.

Juadah
Juadahnya tidak lah menarik sangat. Kenbanyakkannya adalah kek, coklat dan gula-gula. Kebanyakkan di bawa oleh ibu bapa dan staff-staff di situ.

Santa Claus
Sara menjadi Santa pada hari itu untuk menghiburkan budak-budak di situ dengan memberi hadiah. Itulah kemuncak bagi majlis itu.

Friday, November 03, 2006

Little Angle Day Nursery

Masuk kerja

Aku mula bekerja di nursery ni sejak bulan Ogos lagi. Kerjanya tidak lah susah sangat. Aku masuk kerja untuk hari Isnin sampai Khamis ialah pukul 9.30 pagi dan habis kerja pada pukul 3.30 petang. Manakala pada hari Jumaat pula aku masuk kerja pukul 9.00 dan habis kerja pukul 3.00 petang. Biasanya aku datang ke tempat kerja lebih awal sebab lepas suami aku hantar anak-anak ke sekolah, dia akan menghantar aku pula ke tempat kerja.

Photobucket - Video and Image Hosting


Tempat Kerja

Nursery ini letaknya di Red Lane, di bangunan Muslim Resorce Center (MRC). Kalau bawa kereta dalam 4 ke 5 minit saja jaraknya. Nursery ni tidak lah besar sangat. Ia cuma ada dua kelas saja iaitu kelas untuk budak-budak umur 0 hingga 3 tahun dan satu lagi 4 hingga ke 5 tahun. Kelas yang kanak-kanak kecil dinamakan kelas Twinkling Stars manakala kelas budak-budak besar di namakan kelas Shooting Stars. Tempat aku bekerja kebanyakkan di bahagian dapur yang terletak di bilik Twinkling Stars.

Rutin Harian

Rutin harianku, bila sampai saja di nursery tu, perkara yang aku mula-mula kena buat ialah hantar air minuman ke kelas Shooting Stars. Lepas tu ambil bilangan budak-budak yang hadir dan mula memotong buah-buahan utuk snaks time pada pukul 10.00. Untuk kanak-kanak yang besar, buah-buah harus di potong dan di masukkan ke dalam cawan-cawan plastik dan di letakkan di atas troli sebelum di bawa ke kelas mereka. Manakala budak-budak kecil hanya perlu gunakkan tray yang disediakan dan hanya di bawa menggunakan dulang untuk di hantar ke kelas.

Selepas tu, aku mula membasuh tuala dan kain-kain pengelap di bilik membasuh. Kemudian aku dikehendaki mengemas Staff Room, sebelum mengambil semula troli dan dulang di kelas setelah mereka selesai makan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Setelah selesai mencuci cawan-cawan mereka, aku mula menghantar beg makanan ke pejabat MRC, sambil mengambil susu di sana. Setelah itu aku, menunggu sehingga budak-budak itu, keluar bermain di taman, sebelum aku mula mengemop kelas Shooting Stars dan Twinkling Stars secara bergilir mengikut hari. Selesai tugas tersebut, aku akan menyusun kerusi-kerusi makan di ruang makan mengikut jumlah budak yang hadir.

Dalam pukul 11.30 makanan dari nursery di Hillfield akan sampai dan aku di kehendaki mengambil suhu makanan sebelum menyusunnya di troli dan membawa makanan tersebut di ruang makan. Di situ aku dikehendaki menghidang makanan pada budak-budak tadika tersebut. Setelah selesai mereka makan, aku akan membersihkan ruangan tersebut sebelum membasuh kesemua pinggan makan mereka tadi.

Jam 1.00 tengahari aku akan berhenti rehat dan bersolat zohor di surau MRC, sebelum makan bekalan yang aku bawa di Staff Room. Di situ aku berpeluang berbual-bual dengan rakan-rakan yang bekerja di situ.

Pukul 1.30 aku akan menyambung tugas, untuk menyediakan snak mereka pada pukul 2.00. Snak akan di hantar ke kelas masing-masing dan selepas itu aku akan memasukkan kain yang sudah di basuh ke dalam dryer sebelum mengambil semula troli dan dulang setelah selesai mereka makan.

Setelah selesai mencuci pinggan dan cawan mereka, aku mula menyediakkan makanan untuk teatime mereka mengikut menu yang disediakan. Setelah siap semuanya aku akan menghantar troli ke ruang makan, mengemas apa yang patut di bahagian dapur sebelum aku menamatkan kerja pada hari tersebut. Begitulah rutin aku setiap hari

Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, October 25, 2006

Aidilfitri Di Coventry

23 Oktober, 2006

Malam Raya

Malam raya di sini tidak sama seperti di Malaysia. Tiada suara takbir seperti di Malaysia. Jadi untuk mendapatkan mood raya, anak-anak memasang takbir raya melalui internet. Di masjid juga tiada takbir seperti di Malaysia. Masing-masing membaca takbir sendiri-sendiri sahaja.
Kebetulan sambutan raya dengan Dewali hampir serentak, jadi bunyi dentuman mercun dan bunga api, hampir sama seperti di Malaysia. Cuma tiada bunyi meriam buluh saja seperti di kampung.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kuih Raya

Kuih raya terpaksa di buat sendiri. Tidak ada kuih "tunjuk-tunjuk" seperti di Malaysia. Jadi walaupun tiada bakat membuat kuih, aku cuba juga membuat kuih yang senang-senang demi anak-anak. Alhamdulillh jadi juga, walaupun rupanya tidak lah seindah mana. Antara kuih yang aku buat ialah kuih cornfleks, biskut kelapa, lengkong, dan kek coklet.

Photobucket - Video and Image Hosting

Baju Raya

Bagi aku baju raya tidaklah penting sangat. Baju anak-anak telah dikirim oleh emak dari Malaysia. Anak-anak memang seronok menggayakan baju raya kiriman atuk mereka dari kampung. Aku tumpang seronok saja...

Photobucket - Video and Image Hosting



Solat Aidilfitri

Pagi Raya, suami dan anak-anak lelaki bersolat raya di mesjid. Rupanya mereka sampai lewat dan mesjid dah penuh jadi mereka bersembahyang di MRC di mana warga Somalia mengadakan solat aidilfitri di situ. Khutbahpun dalam bahasa Somalia...kata suami walaupun tak faham, angguk aje lah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Juadah Raya

Juadah pagi tu, seperti di Malaysia, aku masak nasi impit, kuah kacang, lodeh dan rendang. Jadi anak-anak puas hati sebab menu di kampung masih dapat di rasa tapi mungkin tak sama macam masakan atuk agaknya.

Photobucket - Video and Image Hosting



Aktiviti Hari Raya

Ramai juga warga Malaysia yang membuat rumah terbuka. Tradisi kunjung mengunjung masih lagi di amalkan di sini. Cuma tiada duit raya bagi anak-anak seperti di Malaysia. Nasib baik juga atuk mereka ada mengirim duit raya untuk cucu-cucunya di sini. Tapi bila di 'convert' pada pound dapat lah seorang tujuh pound...alhamdulillah

Ramadhan di England

23 September, 2006

Awal Puasa dan Sahur

Hari ini bermulalah umat islam di UK menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk umat Islam di Malaysia mereka akan berpuasa esok. Hari permulaan berpuasa sangat menyeronokkan bagi anak-anak. Jadi aku kejutkan mereka untuk bersahur lebih kurang pukul 4.15 pagi. Kesemuanya mudah dibangunkan, mungkin masing-masing seronok untuk berpuasa agaknya. Hari-hari yang dilalui juga tidak berapa meletihkan kerana cuaca di sini agak sejuk jika dibandingkan dengan di Malaysia.

Dugaan Berpuasa di sini

Dugaan bagi anak-anak ialah sewaktu di sekolah. Ini kerana ramai kawan-kawan yang tidak berpuasa. Anak-anak Pakistan kebanyakkan tidak digalakkan berpuasa sehingga mereka mencapai umur lima belas tahun. Aku bersyukur sebab anak-anakku berjaya menempuh dugaan-dugaan tersebut kerana mereka telah di latih sejak umur 4 dan 5 tahun lagi. Walaupun berpuasa mereka masih lagi menjalankan aktiviti sukan di sekolah seperti bermain kriket, bola sepak dan berenang. Sewaktu pergi lawatan ke Stradford pun, Imam boleh tahan puasanya walaupun ahli rombongan mengadakan "picnic" di tepi kolam di sana. Sampaikan cikgu dia kagum dengan ketabahannya... alhamdulillah...

Berbuka Puasa

Juadah untuk berbuka puasa, terpaksa di buat sendiri, kerana tiada " Bazar Ramadhan" di sini seperti di Malaysia. Jadi hari-hari terpaksa memikirkan menu yang menarik untuk anak-anak.
Nasi ayam, nasi beryani, popia, kuih koci (dibungkus dengan aluminium foil), air kacang soya, ayam panggang dan lain-lain masakan pernah di cuba. alhamdulillah, anak-anak tak cerewet. apa yang aku masak, semuanya licin.

Photobucket - Video and Image Hosting

Solat Terawikh

Suami dan anak-anak lelaki bersolat terawikh di surau berdekatan. Ini kerana untuk solat di mesjid, terlalu ramai, sampai susah hendak cari tempat untuk pakir. Jemaah yang datang, boleh tahan juga ramainya. Mesjid di sini tiada ruang untuk wanita bersolat. Jadi aku dan anak-anak perempuan besolat di rumah saja.

Sunday, September 03, 2006

Bekerja

28 Ogos, 2006

Menghantar Surat khabar.

Aku bercadang untuk mencari kerja bila dah bosan sangat duduk di rumah, selain hendak mencari duit poket. Kerja yang mula-mula aku buat di sini ialah menghantar surat khabar. Kerja ni aku mula buat bila Asmilah minta gantikan dia sebab dia hendak balik Malaysia. Kerjanya tak susah. surat khabar akan dihantar ke rumah kita pada setiap pagi Khamis. Cuma yang susah sikit bila banyak iklan yang perlu dimasukkan sebelum surat khabar itu di hantar ke rumah-rumah. Satu pengalaman yang menyeronokan juga.

Pembantu Tadika (Domestic Nursery Assistant)

Aku mula dapat kerja ni bila Sufini minta aku gantikan adik dia yang bekerja di Little Angle Day Nursery sebagai pembantu dapur di Nursery. Aku suka kerja ni sebab masa kerja yang sesuai iaitu pukul 9.30 hingga pukul 3.30 petang.
Kerjanya juga tidak susah sangat kerana aku cuma perlu sediakan makanan untuk budak-budak tadika tu aje. Lepas tu kemas dapur dan kemas tempat makan mereka. Aku rasa aku memang suka kerja di sini sebab makanan di nursery ni semuanya halal sebab ia di bawah Muslim Resorce Center.

Memetik epal di Evesham

3 September, 2006

Memetik Epal

Kami warga Melayu di Coventry ni berkumpul di rumah Suhaimi lebih kurang pukul 10.00 pagi. Cuaca hari tu hujan tapi tak berapa lebat dan berharap bila sampai di Eversham hujan akan berhenti. Lebih kurang 6 keluarga semuanya yang pergi. Jadi pagi tu aku sempat masak nasik lemak, sambal udang dengan ayam goreng untuk bekalan.Sampai di Eversham lebih kurang pukul 10.45 pagi. Mujurlah masa sampai tu hujan dah berhenti.

Ladang epal tu agak besar. Dari jalan raya keranuman buah-buah epal di situ dapat dilihat. Kami mula memetik buah-buah tersebut setelah dibekalkan dengan beg-beg plastik. Buah epal di situ memang sedap rasanya. Begitu juga buah-buah plumnya....manis.
Setelah puas memetik, aku dapat lebih kurang dua kampit dan di timbang harganya baru 2 pound setengah. Kira murah, dibanding kalau dibeli di kedai biasa.

Photobucket - Video and Image Hosting

Berkelah

Selepas itu, kami semua berkelah di R&R berdekatan. Di situ kami makan beramai-ramai. Aku sekeluarga dengan nasi lemaknya, Asmilah pula dengan nasi ayam ala Englandnya, ayu dengan nasi gorengnya dan suhaimi nasi dan lauk pauk yang bermacam jenis. Seronok bila dapat makan beramai-ramai macam ni. Di situ ada pula rusa, kambing biri-biri dan arnab yang dibela di situ. Buak-budak seronok dapat memberi makan binatang tersebut. Angin pada hari tu kuat sangat dan cuaca agak sejuk dan kadang-kadang hujan renyai turun. Kami bertolah balik lebih kurang pukul 2.00 petang.

Sunday, August 27, 2006

Stradford Upon Avon

Melawat Shakespeare County

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10.00 pagi. Perjalanan ke sana tidaklah jauh sangat hanya memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja. sesampai di sana hujan mula turun. Kami sempat pergi ke taman di situ untuk melihat angsa dan itik yang pelbagai jenis di situ. selain dari itu kami juga sempat melihat bagaimana empangan di canal di situ berfungsi ketika bot keluar masuk.

Pemandangan di sini memang cantik. Ianya sangat bersih dan pelbagai jenis bunga di tanam di situ. Kami sempat bergambar di Sheakspare statu dan di kelilingi oleh patung-patung watak-watak dalam drama beliau seperti Hamelat, Prince Hal dan sebagainya.

Photobucket - Video and Image Hosting

Shakespear Birthplace

Kami juga berkesempatan melawat tempat kelahiran William Shekspeare. Di situ rumah beliau dilahirkan masih kukuh dan tidak diubah reka bentuk asalnya. Bangunan-bangunan di situ juga masih kekal dalam keadaan lama, walaupun di bangunan-bangunan itu premis-premis perniagaan menjalankan perniagaan berbentuk moden. Gabungan lama dan moden ini menjadikan bandar Stradford ini sangat cantik. Sebelum pulang kami sempat berkelah di taman itu sambil menikmati pemandangan yang cantik di situ.

Photobucket - Video and Image Hosting



Kena Saman

Pengalaman yang tidak di lupakan sewaktu melawat tempat ni apabila kereta kami disaman kerana tidak mempamirkan tiket pakir kereta. Kami sebenarnya tidak nampak papan tanda yang mengatakan tempat pakir itu berbayar. Nasib baik jugalah pihak Council memberi kelonggaran kepada mereka yg membayar awal kan diberi diskaun 50 peratus. Walaubagaimana pun 30 pound terbang untuk saman hari itu...hehehe...

Hari Keluarga di Warwrick

Makanan

Hari ini adalah merupakan perhimpuan warga melayu di Coventry dan Warwrick. Biasanya akan di buat setiap tahun pada musim panas. Jadi BBQ di adakan untuk memenuhi aktiviti pada hari ini. Satay, ayam, kambing dan ikan adalah antara menu yang di hidangkan. Selain dari itu hadiri yang hadir ada membawa pelbagai 'Pot Luck' sebagai pencuci mulut. Macam-macam juadah di hidangkan pelbagai rupa dan pelbagai rasa...memang enak. aku hanya sempat membawa agar-agar santan sebagai pencuci mulut. 'Pot Luck' di pertandingkan berdasarkan keenakkan dan daya tarikannya.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sukaneka

Acara sukaneka juga di adakan pada hari tiu. Aku dan Siti ditugaskan untuk mengendalikan sukan tersebut. Antara permainannya ialah, 'musical chair', bola beracun dan sebagainya. Acara untuk orang dewasa pula ialah memotong buah epal tanpa putus, lari berpasangan dan permainan ala golf. Acara sampingan ialah sambutan hari lahir beberapa orang kanak-kanak di situ. Memang seronok kerana masa ni aku dapat bertemu dengan ramai orang Melayu di sini dan ini merapatkan lagi silatulrahim antara kami semua. Syabas pada Kamal dan Sabariah sebagai pengerusi dan ajk-ajk lain yang dapat melangsungkan hari keluarga ini dengan jayanya.

Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, August 01, 2006

Cuti Sekolah

Photobucket - Video and Image Hosting



Naik Boat di Canal Basin, Coventry

Canal Basin ni letaknya beberapa kilometer sahaja dari Foleshill. Ini adalah satu lagi tarikan di Coventry. Jadi untuk program cuti sekolah ni, kami bercadang menaiki boat melalui terusan sambil melihat keindahan alam di coventry.

Jadi kami bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi dan tidak lama kemudian, kami pun dibenarkan naik setelah membayar 2 pound untuk dewasa dan 1 pound untuk kanak-kanak. Boat ni telah bawa kami jalan-jalan melalui terusan ni lebih kurang 45 minit.

Walaupun pada masa tu hujan renyai turun, tapi anak-anak aku rasa seronok. Mengikut sejarah, tujuan Canal (terusan) ini dibina ialah sebagai mengangkut hasil-hasil dari kilang tembikar untuk di bawa ke pelabuhan untuk mengelakkan tembikar-tembikar itu rosak sekiranya diangkut menggunakan kereta kuda. Jarak canal ini hingga ke London. Satu lagi pengalaman yang anak-anak aku dapat di sini.

Melawat Nottingham

Sherwood Forest (Robin Hood Country)

Aku sebenarnya memang lama berhajat nak melawat bandar Nottingham ni. Sebabnya masa kecil-kecil dulu memang suka baca kisah Robin Hood dan juga suka tengok film Robin of Sherwood ni. Jadi kalau ada peluang memanglah bak kata perpatah seperti pucuk dicita ulam mendatang. Jadi kesempatan aku di sini, aku pun ambil peluang untuk melawat bandar Nottingham yang terkenal dengan lagenda Robin Hoodnya.

Kami sekeluarga bertolak ke Notingham lebih kurang pukul 8.00 pagi dan sampai di bandar Nottingham lebih kurang pukul 9.30. Bandarnya memang cantik kalau nak dibandingkan dengan Coventry. Kami terus ke Sherwood Forest Center Park untuk melawat hutan tempat Robin Hood tinggal. Di situ kami dapat lihat perbezaan antara hutan di sini dengan di Malaysia. Kami berkelah di situ sebelum kami bertolak ke Nottingham Castle.

Nottingham Castle

Selepas habis makan, kami pun bertolak ke Nottingham Castle. Perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit. Notingham Castle tu terletak betul-betul di bandar Nottingham. Jadi kami berjalan kaki dari tempat letak kereta ke Nottingham Castle tu. Di situ kami sempat bergambar dengan patung Robin Hood. Kami bernasib baik kerana pada hari itu kami dibenarkan masuk ke castle tu secara percuma. Apa yang kami dapat lihat di situ ialah keindahan landscapnya dan keunikan senibina castle yang berusia beratus-ratus tahun itu. Setelah puas bergambar kamipun pulang ke rumah. anak-anak rasa seronok dan masing-masing sibuk bertanya tentang kisah Robin Hood dan sepanjang jalan aku sibuk membuka kelas sejarah lah pulak....



Photobucket - Video and Image Hosting



Melawat Kota London

Tower Of London dan Tower Bridge

Kami bertolak awal pagi lebih kurang pukul 6.30 dengan menaiki kereta. Kami ke sana menggunakan 'Tom tom'. Sampai di Tower Hill lebih kurang pukul 9.00 pagi dan kebetulan tempat parking lengang. Hari minggu bayaran parking cuma 2.30 pound saja berbanding dengan hari biasa 30 pound untuk 6 jam. Dari situ kami berjalan ke Tower of London dan Tower Bridge. Memang cantik pemandangan di situ, jadi aku cadangkan sesiapa yang datang UK ni jangan lupa untuk melawat tempat ni. Dari situ kami mengambil tube ke Enbarkment untuk ke Trafagar Square pula.



Photobucket - Video and Image Hosting



Trafagar Square

Sesampainya kami di Embarkment station, kami berjalan kaki ke Trafagar Square. Di situ kami berpeluang melihat dataran yang cantik dan bergambar dengan tugu tokoh-tokoh sejarah silam. Di situ juga ada air pancutan yang cantik. Di kawasan ini juga banyak burung-burung merpati yang jinak. Anak-anak sibuk berposing dengan patung singa yang besar dan tugu Sir Henry yang juga besar. Masing-masing berehat sebentar di taman tidak jauh dari situ sambil menikmati ais krim, sebelum menaiki tube ke station Westminster.

Big Ben dan Westminster Abbey

Sampai di station Westminster, kami berjalan kaki menuju ke menara Big Ben yang jamnya akan berbunyi setiap 15 minit. Bersebelahan pula bangunan Westminster Abbey. Kami juga sempat merakam gambar tokoh Sir Winston Churchill (Perdana Menteri Britain sewaktu perang Dunia ke 2) dulu dan kebetulan jalan rumah kami mengambil sempena nama beliau. Sewaktu kami lalu di padang depan Westminster Abbey satu demonstrasi secara aman sedang di jalankan anti Tony Blair dan anti Perang. Kemudian kami menaiki tube semula menuju ke St James Station untuk ke Buckingham Palace.





Photobucket - Video and Image Hosting



Buckingham Palace

Kami berjalan kaki dan singgah ke Royal Guard Musium. Selepas itu baru lah ke Buckingham Palace. Kawasan istana di tutup ketika itu, jadi kami hanya dapat mengambil gambar Royal Guard dari jauh yang kebetulan sedang tukar syifnya. Jadi di luar istana tu tedapat pelbagai tugu yang cantik-cantik dan landscap yang indah dan menarik. Kami kemudiannya pergi ke Green Park yang terletak berhampiran dengan Istana itu untuk berehat sebelum pulang semula ke Tower Hill.




Photobucket - Video and Image Hosting



London Mosque

Kami bersolat di London Mosque sebelum bertolak balik Ke Coventry. Di situ kami sempat menyaksikan satu lagi demonstrasi anti Israel di adakan oleh penduduk Islam London. Masa balik Tom tom buat hal tak dapat device. Jadi pusing-pusing satu London sebelum dapat jalan balik. Sampai rumah pukul 8.30 petang. Lawatan ke London sungguh berbaloi dan menyeronokkan...

Thursday, July 13, 2006

Aktiviti Anak-anak di sekolah

10 April, 2oo6

Lawatan

Sekolah di sini sering mengadakan lawatan ke merata tempat sekitar Coventry dan adakalanya sehingga ke Liecester. Misalnya Hambali pernah pergi lawatan sambil belajar ke Muzium Liecester bersama kawan-kawan sekelasnya. Imam pula pernah pergi ke Victorian Center somewhere di coventry sempena minggu Victoriannya. Manakala Bariyah pernah melawat ke City Center untuk bermain ais sketting. Banyak lagi tempat-tempat yang guru mereka bawa. Ada tempat dikenakan bayaran dan ada pula secara percuma. Ini adalah antara galakan yang dibuat oleh pihak sekolah untuk murid-murid.

Sistem Ganjaran

Sekolah-sekolah di sini sering menyediakan ganjaran kepada pelajar-pelajarnya. walaupun pada perkara-perkara yang kecil . Misalnya di sekolah rendah, murid-murid akan diberi stiker kata-kata pujian seperti 'Brilliant', 'Excellent', 'Fantastic', 'very good' dan 'well done' .
Stiker-stiker ini akan ditampal di buku perancangan mereka (planner). Selain dari itu nama pelajar-pelajar yang baik dalam kelas akan ditampal di tingkap kelas masing-masing. Imam pernah ditampal namanya di cermin kelas dengan di tulis perkataan "WE PROUD OF IMAM".

Manakala di sekolah menengah, murid-murid yang membuat perkara positif di kelas akan diberi stamp yang akan dicop di buku perancangan (planner) mereka. Stem-stem ini akan ditukar dengan barangan di kedai ganjaran (Reward Shop). Ini memberi galakan kepada pelajar untuk membuat perkara-perkara positif di sekolah.

Kelab dan Persatuan

Murid-murid di sini digalakkan berpesatuan. Misalnya Imam dan Hambaly memasuki kelab bola sepak. Manakala Bariyah pula memasuki kelab kriket. Aktiviti-aktiviti ini di jalankan masa rehat kedua. Ada jurulatih khas yang melatih mereka.

Mizi dan Atul pula menyertai olahraga di sekolah. Mizi teringin hendak memasuki kelab badminton, tetapi waktunya tidak sesuai kerana waktu latihan adalah hari Jumaat pukul 1.00 pm. Waktu itu Mizi berada di mesjid untuk bersolat Jumaat.

Persembahan

Setiap bulan pelajar-pelajar ini akan diberi peluang menaiki pentas untuk membuat persembahan berdasarkan tema-tema tertentu. Misalnya tema tentang Egyption, Victorian, Relagion dan macam-macam lagi. Ini menjadikan murid-murid berani ke hadapan untuk bercakap.

Solat di sekolah

Sewaktu mendaftar anak aku di sekolah, aku ada meminta kebenaran dari guru besarnya untuk membenarkan anak aku bersembahyang (masa tu musim sejuk dimana waktu zohornya singkat). Jadi gurunya menyediakan bilik sembahyang pelbagai agama untuk mereka bersembahyang. Mizi siap diberi kompas dan sejadah untuk menunaikan solat fardhu itu oleh Miss Hinchcliff. Untuk solat Jumaat, Mizi dibenarkan keluar bersama suamiku untuk ke mesjid.

Gambar-gambar boleh klik di http://suzanamanan.blogspot.com

Sunday, July 09, 2006

Membeli Belah di Wing Yip

12 April, 2006

Masa kami baru-baru sampai dulu, Suhaimi ada membawa suamiku pergi ke kedai Wing Yip di Birimingham untuk mendapatkan bekalan barang-barang Malaysia seperti, kicap, sos cili (di sini sos tomato aje yang ada), mee hoon, kue teaw, dan macam-macam lagi. Masa tu kami rasa seronok sebab dah lama tak makan barang-barang Malaysia. terutamanya kicap sebab anak-anak aku kalau tak ada kicap macam tak lengkap menu makanan mereka.

Jadi setelah aku ada kereta dan sudah mempunyai Tom Tom, tiap-tiap bulan kami akan ke Birmingham untuk mendapatkan bekalan. Memang pelbagai barang-barang Malaysia ada di jual termasuklah durian (tapi harganya sangat mahal), tempeh dan cencalok!!..

Sebelum pergi ke kedai Wing yip ni, kami biasanya akan singgah dulu di kedai Sing Fatt untuk membeli ikan, udang dan sotong frost. Ikannya juga diimport dari Malaysia. Jadi di situlah kami akan jumpa ramai orang-orang asia...seronok

Gambar boleh klik di http://suzanamanan.blogspot.com

Thursday, July 06, 2006

Car Boot Sales

Car Boot Sales

Setakat ni aku dah pergi beberapa tempat 'carboot sales' ni. Antaranya di Saintsbury, Mercia, Wolston, Funyyanne, Ryton dan Leamington Spa. Car boot sales ni, adalah jualan barang2 terpakai di boot kereta. Walaupun barang-barang tersebut second hand, ia kadang-kadang masih elok lagi dan harganya sangat murah. Ada barang yang di jual dengan harga serendah 10 pence aje. Car Boot sales ni diadakan pada setiap hari sabtu dan Ahad. di sini lah kalau nak jumpa Melayu-melayu yang duduk sini, kerana kebanyakkan mereka suka ke mari.

Friday, June 30, 2006

Pergi Leeds

Salina Hj Zainol

Kami bercadang nak pergi Leeds ni memang dah lama, sejak datang sini lagi. Sebabnya untuk jumpa kawan lama aku Salina Hj Zainol (pensyarah Universiti Malaya). Salina dengan aku dulu memang best friend masa kat UM dulu. Kami satu kolej dan ambil juusan yang sama iaitu sejarah. Sebelum aku datang sini dulu, aku dapat tahu dia kat sini, so kami pun berbalas-balas email lah dan dia ada kirim beberapa barang sebelum aku datang hari tu.

Tapi dah dekat empat bulan, barang yang dia kirim tak dapat nak dihantar. Jadi bila cuti sekolah ni, aku bercadang nak pergi ziarah dia sekali di sana. Lagipun masa ni kami pun dah ada kereta dan cadang nak cuba jalan agak jauh sedikit.

Tom Tom

Sebelum aku ke Leeds, kami ada membeli Tom Tom atau panduan jalan menggunakan setelit yang boleh di install dalam telefon bimbit. Jadi ini agak mudah bagi kami untuk ke mana-mana sebab Tom tom ni akan beri panduan dengan jelas destinasi yang hendak kami tuju.

Bertolak ke Leeds

Kami bertolak lebih kurang pukul 8.30 pagi dari Churchill Avenue, dan menaiki motorway M1 (highway dari sebelah timur). Perjalanan agak lancar, cuma cuaca agak lembab sebab hujan renyai turun sepanjang jalan. Motorwaynya agak lebar iaitu ada 4 lane semuanya. Kami sampai ke Leeds lebih kurang pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah tak ada bermasalah.

Bertolak Balik

Kami menghabiskan masa di rumah nya sehinggap pukul 4.30 petang. Bermacam-macam juadah yang dihidangkan untuk kami hari tu. Soto, nasi lemak, karipap dan lain-lain. Sebelum bertolak balik, aku sempat membeli barang-barang Malaysia di kedai Thai-Phil di Leeds (tidak jauh dari rumah Salina). sempat lagi bergambar di depan kedai tersebut. Kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 7.00 petang.

Gambar-gambar boleh klik di http://suzanamanan.blogspot.com

Sunday, June 25, 2006

Melawat Kilang Queen Ann

25 Mac, 2006

Bertolak dari Foleshill

Ini semua cadangan Asmilah (isteri Abang Fendi). Dia beritahu aku dia nak ajak aku ke Wendesbury. Aku ingat kan dia ajak aku seorang aje. Jadi aku cadang nak tumpang sesiapa yang boleh dan tak sangka pulak Wedesbury tu jauh. Nasib baik lah suami aku nak pergi sama sebab kebetulan pada hari tu dia tak ada meeting dengan superviser. Jadi kami berkumpul di Foleshill pukul 8.30 pagi. Ketua rombongan Kamal dan isterinya Sabariah, sebab dia tahu jalan. Kami ikut aje.

Sampai di Kilang

Kami sampai sana lebih kurang pukul 10.30 pagi. Kilang ni memang beri kebenaran pada sesiapa yang datang untuk beri barang di kilang tu. Barang-barangnya murah saja kalau di bandingkan harga di Malaysia. Aku belilah serba sikit, sebab tak plan nak beli banyak. Kawan-kawan yang memang dah dekat nak balik tu, memang beli sakan. Tak apalah nanti mengkin kalau dah dekat-dekat nak balik nanti boleh lah beli lagi...

Singgah di Wednesbury Park

Balik tu, kami singgah di taman ni, untuk makan. Kami ada bawa bekal masing-masing dan berkelah di situ. Masa tu musim bunga baru bermula. Jadi banyak le bunga-bunga yang baru kembang di situ termasuklah bunga defodill cantik dan berseri..Kami sampai rumah lebih kurang pukul 3.30 petang.

Gambar-gambar boleh klik di http://suzanamanan.blogspot.com

Kelas Bahasa Inggeris

2 Februari,2006

Mendaftar Kelas

Aku mula mendaftar kelas Bahasa Inggeris, pada bulan lepas. Kelas Bahasa Inggeris di sediakan oleh Council secara percuma. Kelas ni diadakan seminggu sekali iaitu hari Rabu, pukul 1.00 tengahari sampai pukul 3.00 petang. Cikgu yang mengajar tu bernama Miss Sharon. Pelajar yang menghadiri kelas ni terdiri dari pelbagai bangsa, misalnya dari Pakistan, India, Poland dan Libya. Ia diadakan di Holbrook Primary school. Jadi kesempatan ini aku gunakan untuk belajar Bahasa Inggeris di sini.

Rumah di Churchill Avenue Foleshill

1 Februari, 2006

Rumah yang selesa

Rumah ni memang selesa. Ruang tamu dan ruang makannya besar. Master bedroom pun agak besar dan selesa. Jadi kesimpulannya, kami membuat keputusan yang betul berpindah di rumah ni. selain dari itu, rumah ni lengkap dengan perabot. Jadi semua barang boleh disusun dengan baik. Cuma yang tak ada ialah mesin basuh. Jadi kebetulan masa aku pindah, Nizam pun nak balik Malaysia. Jadi dia beri mesin basuh dia pada kami. Alhamdulillah..rezeki. Selain dari itu, rumah ni ada garden di belakang rumah. Jadi adalah tempat untuk anak-anak aku bermain nanti.

Kemudahan Yang Ada

Rumah ni terletak dekat dengan bandar Foleshill. Senang nak beli ayam dan daging halal sebab kedainya dekat. Depan rumah pula ada kedai runcit. Sekolah Holbrook dekat saja dan anak-anak pergi sekolah boleh jalan kaki saja. Kemudahan lain yang ada ialah surau. Jadi suami dan anak-anak boleh solat berjemaah di surau. Aku rasa beruntung juga dapat rumah ni kemudahannya jauh lebih baik dari rumah di Holbrook dulu walaupun sewanya sama harga.

Jiran-jiran

Kawasan ni memang kawasan Asian tinggal. Kebanyakkan jiran aku terdiri dari orang-orang Asia. Misalnya sebelah kanan orang dari Gujerat dan sebelah kiri dari Pakistan. Depan rumah pulak orang Somalia. Mereka semua baik-baik belaka. Ramai juga orang Melayu yang tinggal kawasan ni, misalnya Rizal, Abang Fendi, Wahab, Kamal , Wan Shah, Rano, Kak Sarimah dan Suhaimi. Pendek kata kawasan Foleshill ni macam mini Asia lah.

Gambar-gambar boleh klik di http://suzanamanan.blogspot.com

Friday, June 23, 2006

Pindah Rumah

27 Januari, 2006

Rumah Bermasalah

Rumah yang kami tinggal ni banyak masalah. Masalah heater dengan boiler tak selesai lagi timbul lagi satu masalah lain iatu bocor. Bila hujan atau salji lebat, air mula menitik di beberapa tempat di attic. Masalah ni dah banyak kali kami beritahu tuan rumah. Dia cuma datang dan kata "Don't worry I will fix it" itu lah aje kata-kata yang dia ucapkan tetapi tindakan tak ada. Dia janji nak datang betulkan, tetapi tak datang. Kami dah mula rasa bosan dan tak tahan dengan pembohongannya itu. Lebih-lebih lagi bila salur najis di bahagian dapur selalu mengeluarkan aromanya setiap kali kami nak makan. Jadi kami pun mula mencari rumah lain.

Rumah di Foleshill

Rumah di Foleshill ni sebenarnya rumah yang mula-mula Rizal carikan untuk kami dulu. Tetapi masa tu tuan rumah ni hendak naikkan sewa sampai 500 pound. Jadi bila tak ada orang nak sewa dia turunkan balik sewanya kepada 400 pound. Rumah ni ada tiga bilik satu bilik air, satu tandas, satu ruang tamu, satu ruang makan dan ada 2 stor barang. Selain dari tu, rumah ni dekat dengan surau, depan kedaidan dekat denga sekolah rendah anak-anak aku. Sebenarnya tuan rumah ni memang hendak cari penyewa Malaysian sebab rekod orang Malaysia ni kalau sewa rumah memang baik. Tu yang orang-orang di sini kalau nak sewa kan rumah dia akan cari orang Malaysia juga. Jadi setelah mesyuarat, kami ambil keputusan untuk pindah.

Tuan Rumah Tidak Bagi Pindah

Bila kami beritahu nak pindah, tuan rumah terkejut. dia merayu pada suami supaya jangan pindah sebab dia kata "You are a good man". suami saya bagi sebab mengapa kami terpaksa pindah. Dia datang rumah nak runding balik dan sanggup buat apa saja yang kami pinta asalkan kami tak pindah. Kamipun rasa pelik juga. Kenapalah si Pakistan ni beria-ia benar tak bagi kami pindah. Rupa-rupanya, kawan-kawan kata orang Pakistan ni, dengan orang Malaysia aje dia boleh bagi sewa mahal, kalau dengan orang lain sewa tak sampai 400 pound pun. Begitulah kisahnya...

Hari Raya Aidil Adha

12 Januari, 2006

Sambut Raya Haji di Coventry

Inilah first time kami sekeluarga sambut raya di perantauan. Anak-anak semua dibenarkan cuti sekolah. Masa tu tak rasa macam hari rayapun, maklumlah kami masa tu baru lagi di sini. Malam tu takbir raya sama-sama keluarga aje. Pagi tu, suami dan anak lelaki aku, pergi solat raya di masjid di Foleshill. Lepas tu mereka di jemput ke rumah Jamal. Pada hari tersebut banyak jemputan yang kami terima. Jadi tengahari tu kami pergi ke rumah Rizal, rumah Wahab, rumah Suhaimi dan rumah Abang Fendi. Mereka menyambut raya macam sambut raya puasa. Meriah betul banyak juadah yang di hidangkan. Rumah Asmilah (abang Fendi) kami makan bubur durian dengan pulut, nasi empit dengan rendang, rumah Wahab makan laksa Sarawak (isteri dia orang Sarawak), rumah Rizal makan Mee Rebus dan rumah Suhaimi masak rendang dengan nasi impit. Jadi masa ni aku dapat berkenalan dengan ramai orang-orang Melayu di sini. Anak-anak rasa seronok sebab dapat berjumpa dengan ramai budak-budak melayu.

Jemputan Makan Lagi

Hari minggu pula kami sekeluarga di jemput oleh Kak Idah ke rumah nya di Warwrick. Aku ke rumahnya dengan Nizam sebab kami dua keluarga saja yang di jemput.Kak Idah kata, dia ajak aku kerana aku baru datang dan nak berkenalan lebih rapat lagi, manakala Nizam pula sebab dia dah nak balik Malaysia. Kak Idah dan keluarga sudah tinggal di sini lebih kurang sepuluh tahun dan dia dah dapat PR (Permenant Resident) di sini. Rumahpun dia beli sendiri. Jadi malam tu kami di jamu nasi beryani. Sedap sungguh...

Sambutan di MRC

Jadi pada hari Ahad pula, semua warga Melayu di Coventry meraikan Hari Raya Aidil Adha di MRC. Jadi hampir semua orang Melayu ada di situ. Banyak lah muka-muka baru yang aku jumpa. Sebelum majlis dimulakan ucapan dimulakan oleh Penghulu Coventry (Abang Fendi). Macam-macam juadah yang ada, termasuk lah sushi...

Beli Kereta

7 January 2006

Beli Kereta

Sebulan lebih, tak ada kereta memang agak susah. Suami pergi University naik bas. Tak apalah sebab dia seorang. Tapi kalau nak kemana-mana dengan anak-anak terpaksa naik bas. Masa tu terfikir pula bahawa kereta adalah keperluan penting terutama bila nak hantar anak-anak pergi sekolah kalau jalan kaki memang penat. Itu satu hal lah, satu hal lagi, cuaca. Musim sejuk ni kalau jalan kaki, boleh kebas kaki, terutama bila salji turun.

Jadi kami ambil keputusan untuk beli kereta. Dah puas survey di internet, akhirnya kami ambil keputusan untuk beli kereta Honda Shuttle (kalau di Malaysia Honda Odessey, sama macam kereta kami di Malaysia dulu tapi kereta ni agak baru, tahun 2000). Harga kereta di sini tak mahal hanya 3,400 pound aje, siap dengan MOT untuk setahun( setiap kereta di UK mesti ada MOT) . Jadi kami beli kereta ni di Birmingham dengan Suhaimi.

Kereta kami ni warna silver metalic. Dalamnya tak sama dengan Honda Oddesey sebab ni versi europe. Aircon di bahagian tengah tak ada. Di sini orang tak pakai aircon sebab cuaca di sini dah cukup sejuk. Kalau musim sejuk ni kena pasang heater dalam kereta. Kadang-kadang kalau pagi nak start kereta terpaksa pasang heater dulu, sebab nak cairkan frost pada kereta.

Memandu di UK

Masa mula-mula bawa kereta di sini rasa kekok juga, sebab sistem jalan raya di sini agak berbeza dari di Malaysia. Nasib baik masa sebelum datang sini dulu, aku dan suami dah siap buat lesen antarabangsa. Jadi tak ada masalah lah kalau nak bawa kereta di sini. Di tempat aku ni jalan nya agak sempit sebab bandar ni bandar lama. Jadi kalau nak parking kena naik di bahu jalan, kalau tidak kena saman nanti. Satu perkara lagi yang agak pelik, di sini banyak betul roundabout kadang-kadang roundaboutnya kecil saja sampai silap-silap tak perasan. Pemandu di sini lebih bersopan santun berbanding di Malaysia sebab mereka akan berhenti kalau nampak orang nak melintas jalan dan sentiasa beri laluan pada kereta-kereta lain.

Sekolah Anak-anak

5 Disember 2005

Persekolahan Anak-anak

Urusan permohonan persekolahan untuk anak-anak, suami aku buat masa baru-baru sampai. Tapi oleh kerana di sini, cuti krismas dah dekat jadi pihak council, cadangkan anak-anak aku mula bersekolah selepas habis krismas. Mizi pada mulanya tak dapat tempat sebab semua sekolah dah penuh. Jadi pihak council suruh kami buat rayuan. Yang lain tak ada masalah. Aku mohon anak-anak untuk sekolah yang dekat dengan rumah iaitu sekolah Park Gate Primary School untuk yang sekolah rendah dan President Kennedy School and Comunity Collage untuk yang sekolah menengah.

Setelah siap permohonan tu, pegawai council datang rumah untuk buat lawatan dan soal selidik pasal anak-anak. Jadi bila mereka datang, mereka beritahu yang sekolah rendah cuma ada dua kekosongan. Jadi dia carikan sekolah lain yang boleh tempatkan semua anak aku di sekolah tu. Akhirnya mereka tempatkan anak-anak aku di sekolah Holbrook Primary School yang letaknya agak jauh dari rumah aku ni. Tak apalah, sebab sekolah tu ramai Malaysian. Mizi pulak akhirnya dapat satu sekolah dengan Atul di President Kennedy. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

Program dan Aktiviti untuk Anak-anak

Oleh kerana mereka lambat lagi sekolah, aku terpaksa sediakan program untuk anak-anak ni, kalau tidak mereka habis masa dengan bermain aje. Jadi aku buat jadual untuk dia membaca, mengaji, buat matematik dan melukis. Nasib baik juga aku bawa banyak buku-buku dari Malaysia. Jadi mereka ada bahan untuk membaca. Selain dari tu aku juga ada bawa colour pencil dan alat-alat tulis. Kalau nak beli, di sini mahal. Kalau yang murah tak ada kualiti, cepat patah dan warnanya tak terang. Jadi aku buat pertandingan melukis , siapa mewarna paling cantik, dapat hadiah. Jadi masa lapang mereka terisilah juga.

9 Januari, 2006

Mendaftar Sekolah

Hari ni anak-anak mula mendaftar sekolah. Jadi untuk mendaftar sekolah rendah, kami terpaksa berjalan kaki agak jauh. Terasa penat sungguh, di tambah pula dengan cuaca yang sangat sejuk ni. Sampai di sekolah, kami di sambut oleh dua orang pegawai dari council dan guru kanan sekolah tersebut Miss Henry. Kami diberi taklimat olehnya. Bariyah di tempatkan di year 6, Imam year 4 manakala Hambaly di year 3. Kelas ditetapkan berdasarkan tarikh lahir. Permulaan sekolah di sini bermula pada bulan September.

Kemudian kami dibawa melawat sekitar sekolah sebelum mereka memberikan uniform untuk anak-anakkami mengikut saiz secara percuma. Mereka ke sekolah juga tidak perlu membawa beg dan buku kerana semua buku dan peralatan sekolah disediakan oleh sekolah. Makanan boleh dapat secara percuma di sekolah kalau kita mohon. Tapi aku memilih untuk menyediakan makanan sendiri dari rumah.

Atul dan Mizi pula mendaftar di President Kennedy pada pukul 10 pagi. Sampai sekolah tersebut kami di sambut oleh Miss Hinchcliff. Dia memberi penerangan dan taklimat tentang sekolah dan uniform juga diberi percuma. Mizi akan masuk year 9 manakala Atul di year 7. Kemudian dia membawa kami melawat sekitar sekolah tersebut. Jadi Mizi dan Atul akan mula bersekolah pada minggu hadapannya dan mereka berdua akan masuk ke kelas Student Support sebelum mereka masuk ke kelas biasa.

Gambar-gambar boleh klik di http://suzanamanan.blogspot.com

Wednesday, June 21, 2006

Penyesuaian Hidup di Coventry

3 Disember, 2005

Masalah 'Sleng'

Banyak perkara kami kena sesuaikan diri di sini. Terutamanya bahasa. Masa mula-mula sampai, susah betul nak berkomunikasi dengan orang sini. Nak kata aku tak pandai Bahasa Inggeris, rasanya tak jugak. Tapi masalah sleng mat salleh ni susah betul aku nak tangkap. Kena dengar betul-betul apa yang dia cakap. Misalnya four dengan five sebutannya hampir sama. (sebab slengnya lah) Begitu juga daughter jadi 'do er', computer jadi 'com pu er' (huruf t banyak hilang). Kadang-kadang seronok pulak bebudak ni mengajukkan sleng mat salleh kat sini, jadi bahan untuk gelak ketawa pulak.

Muslim Resource Center (MRC)

Hari Sabtu kami di bawa oleh Fendi Senior (Abang Fendi) ke MRC. Anak-anak pelajar kat sini akan belajar agama di sini. Jadi anak-anak akupun mulalah mendaftar untuk masuk sekolah Al Hidayah ni. Cikgu-cikgu yang mengajar di sinipun orang-orang melayu jugak.Di MRC ni lah, tempat orang-orang Melayu berkumpul. Orang lelakinya menjalankan aktiviti bermain badminton . Masa di sinilah aku dikenalkan dengan masyarakat Melayu di sini.

Lesen TV

Dua minggu aku kat sini, abang Fendi bawa kami sekeluarga ke car boot di Mercia. Kat situ lah kami mula-mula beli TV. Jadi, sampai aje rumah, masing-masing exciated nak tengok TV, sebab dah lama tak tengok TV. Dapat lah juga siarannya, tetapi tak berapa terang sebab tak pasang aerial. Nak jadi kan cerita, petang tu rumah kami diketuk orang. Ingatkan si tuan rumah tu datang, rupanya pegawai dari councill. Dia nak saman kami sebab tengok TV tak ada lesen. Mula-mula tu nak menipu jugak cakap tak ada TV. Rupanya dia boleh kesan, kalau kita buka TV. Jadi kamipun bagi tahulah yang kami baru sampai, tak tahu yang pasal lesen TV tu dan terpaksa le tunjuk pass port kat dia, baru dia percaya. Jadi dia suruh ambil lesen masa tu jugak, kalau tidak kena saman. Kamipun terpaksa lah bayar untuk ambil lesen tv masa tu jugak.

Solat Jemaah

Rumah yang aku duduk ni area mat salleh, jadi suami dan anak-anak nak pergi masjid jauh sikit dan masa ni kami tak ada kenderaan lagi. Sebelah rumah aku gereja angelican. Tapi hari Ahad aje ada orang. Hari-hari lain aku tengok tak ada pun. Jadi kami jadikan attic rumah kami tu surau. Setiap waktu solat jemaah kat situ sebab attic ni agak luas walaupun dah letak katil mizi dan tilam imam di situ. Mizi dan Imam bergilir tiap waktu untuk azan. Dan masing-masing aku tugaskan untuk bentang sejadah dan baca taklim selepas solat. Aku rasa itu lah cara terbaik untuk didik anak-anak supaya tahu tanggung jawab pada agama. Selepas magrib, masing-masing mengaji seperti biasa. Biar ada suasana iman dan amal dalam rumah, agar anak-anak tidak jauh terpesong walau di negara asing.

Naik Double Dacker

Masa sampai sini rasa susah nak bergerak sebab tak ada kenderaan. Jadi kami pergi mana-mana terpaksa naik bas. Sebenarnya aku sendiri dah lama tak naik bas masa kat Malaysia. Anak-anakpun, ada tu tak pernah naik bas misalnya Hambaly dan Imam. Jadi bila naik bas tu, punya lah seronoknya dia orang (termasuk le aku hehehe). Tempat yang kami pergi ialah City Center dan Tesco. Balik tu, masing-masing tak habis bercerita seronok nya mereka naik bas, siap ambil gambar lagi dalam bas . Mesti mat salleh kat sini hairan...

Rumah di Holbrook

28 November, 2005

Masalah

Rumah di No 5A, Wheelwright Lane, Holbrook, ni mula bermasalah. Bayangkan lah masa malam pertama kami tidur di sini heater tidak berfungsi sepenuhnya. Jadi malam tu kami terpaksa tidur dengan baju sejuk dan stokin beberapa lapis dengan duvet sekali. Aku rasa suhu pada malam tu mencecah -4 darjah celcius. Memang sejuk gila. Nasib baik bilik Mizi, Imam dan Hambaly ok. Jadi malam tu mereka tidur nyenyak.

Pagi-pagi tu pulak pintu bilik tak boleh nak buka. Tuan rumah tu bagi kunci salah. Nasib baik ada batang besi dalam bilik, jadi suami aku gunakan batang besi tu untuk umpil pintu bilik tersebut.

Satu lagi masalah rumah tu ialah boiler air tak panas. Dia cuma panas untuk beberapa saat aje. Jadi pagi tu kami nak mandi terpaksa masak air dalam periuk. Mujurlah masa baru-baru sampai hari tu, Dr Nora yang baru habis dan balik Malaysia bagi barang-barang keperluan dapur seperti pinggan mangkuk dan baju-baju sejuk pada kami. Besar betul pahala dia kerana barang-barang itu, betul-betul kami perlukan. Jadi pagi tu kami terpaksa telefon tuan rumah supaya dia selesaikan masalah tu.

29 November,2005

Urusan-urusan Penting

Esoknya banyak perkara yang terpaksa suami uruskan. Misalnya nak kena daftar Councill, nak kena uruskan persekolahan anak-anak, daftar NHS dan macam-macam lagi. Depan rumah kami ni ada Post Office, Bank dan Pound Shop. Jadi segala urusan agak mudah sikit cuma kena siapkan duit aje . Suami pulak pada 1 Disember kena daftar Universiti. Telefon rumah kena mohon, akaun bank kena buka semua perkara di sini kena buat appointment dulu. Jadi banyak lah perkara baru yang kami terpaksa belajar di sini.

Kawan-kawan banyak membantu

Kawan-kawan di sini memang banyak membantu. Misalnya masa malam aku sampai tu, Suhaimi dan isteri hantar nasi dan lauk untuk kami. Manakala Rizal dan Fendi Junior (ada dua Fendi di sini satu Fendi Junior dan satu Fendi Senior), tak putus-putus membantu. Jamal misalnya banyak beri barang keperluan seperti periuk, pinggan mangkuk dan baju-baju sejuk. Jadi untuk permulaan hidup di sini, kami tak perlulah membeli baju sejuk sebab apa yang diberi sudah mencukupi. Fendi Senior pulak bawa kami jalan-jalan pada hari minggu. Tempat yang mula-mula dia bawa ialah 'car boot' di Saintsburry. Jadi dapat lah kami beli barang-barang keperluan dengan harga murah.

30 November, 3005

Salji Turun


Hari kedua kami sampai, salji mula turun. Jadi anak-anak aku yang 'jakun-jakun' ni boleh belari keluar rumah dengan tak pakai baju sejuk main salji. Aku risau takut badan mereka terkejut sebab pertukaran cuaca yang mendadak ni. Jadi untuk langkah keselamatan, aku paksa mereka telan vitamin c dengan makan buah orange banyak-banyak. Alhamdulillah tak ada masalah, cuma kulit jadi kering dan bibir mula pecah-pecah. Aku suruh dia sapu losyen kat badan dan pakai lipsbalm kat bibir.


Photobucket - Video and Image Hosting


Siang Pendek

Perkara yang pelik di sini masa kami baru sampai ialah waktu siangnya pendek. Bayangkan lah pukul 3.00 petang dah magrib. Jadi kami terpaksa selalu tengok jam sebab takut terlepas waktu solat. Waktu zohor dan asar terlalu singkat. kalau leka, boleh terlepas waktu. Manakala cuaca pulak asyik mendung aje. Susah nak lihat matahari, jadi baju terpaksa dikeringkan di heater (sekarang aku dah ada tumbell dryer, senang hidup).

Makanan

Pasal makanan pulak, kami bersyukur, sebab rumah kami ni dekat dengan shopping mall (somerfield) Jadi barang-barang makanan kami banyak beli di situ. Cuma ayam halal kami kirim dengan Fendi Junior, sebab rumah dia dekat kawasan Pakistan jadi banyaklah kedai daging halal.
Menu kami masa-masa baru sampai dulu banyak ala England, sebab banyak barang ala Malaysia tak ada dijual di Somerfield, misalnya santan, asam jawa dan belacan. Jadi kalau aku masak lemak aku gantikan santan dengan susu, manakala asam jawa aku gantikan dengan lemon juice. alhamdulillah anak-anak tak banyak cerita. Apa yang aku masak semuanya licin dan mereka siap ucap terima kasih lagi kat emaknya ni. Tu yang penat lelah masak pun hilang.

Mula Rasa Bosan

Masa baru-baru sampai hari tu, budak-budak seronok betul. Macam pergi melancong. Banyak tempat-tempat baru yang mereka tak pernah tengok. Tapi bila dah masuk seminggu mereka mula rasa bosan. Tak ada tv dan tak ada internet. Mujurlah ada telefon bimbit. Jadi mereka leka bermain game di telefon. Nak main kat luar sejuk sangat jadi rumah ni lah jadi taman permainan untuk mereka. Tak apalah janji mereka bahagia...

Bertolak ke England

26 November, 2005

Bertolak dari Tangkak

Aku sekeluarga bertolak dari rumah lebih kurang pukul 11.00 pagi. Aku dan anak-anak naik van Ela manakala Suamiku naik Pikap Sidik sebab banyak barang yang nak di bawa. Sampai KLIA lebih kurang pukul 1.30. Solat Zuhur/ Asar di masjid KLIA. Lepas tu cek in, dalam pukul 3.00 petang. Nasib baik tak ramai orang. So kami melepak kat KLIA hingga pukul 11.00 malam. Dalam pukul 8.00 malam adik beradik dari kampung sampai sebab nak ucapkan selamat jalan. Ina, Kak Pai, Kak Aza, Sidik, Kak cik, Adan, Ella, Kak Lang, Abg Shukur dan keluarga masing-masing hadir. Masa tu aku tak da le sedih sangat. Tapi bila nak berpisah tu, terasa syahdu sikit. Hambali nangis. Mizi lagi teruk, nangis . Atul, Iyah semua nangis. Sedih..sedih..


Dalam Kapalterbang

Masuk kapal terbang masa tu dalam pukul 11.50. Kapal terbang MAS akan bawa kami dari KL ke Amsterdam. Masa tu memang dah letih sangat. Bayangkan lah dari pagi melepak kat KLIA. Dalam kapal terbang selepas kapal terpang berlepas, kami semua tido.. tapi tak le boleh tido nyenyak macam kat rumah, sebab asyik kena kejut dengan paramugari bila mereka hantar makanan.

27 November 2005

Transit di Amsterdam

Sampai Amsterdam masa tu dalam pukul 10 pagi (12 jam). Transit lebih kurang 4 jam kat airport Amsterdam, barulah naik kapal terbang KM ke Birmingham. Masa ni tak berapa lama dalam 45 minit dah sampai. Sampai aje, terasa sejuk menyucuk tulang. Aku tak pakai baju sejuk tebal, cuma pakai jeket nipis dari Malaysia aje. Nasib baik masa kat air port, dia tak cek sangat. Semua barang yang kami bawa lepas.

Sampai Birmingham

Tunggu kawan-kawan jemput dalam setengah jam. Pukul 1.00 tengahari mereka sampai. Masa tu dia orang bawa dua kereta satu van. Nasib baik muat, tu pun iyah kena duduk kat kaki sebab takut kena saman sebab bawa lebih penumpang. Aku naik kereta Suhaimi masa tu. Dia bawa terus ke rumah Rizal di Foleshill. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Photobucket - Video and Image Hosting


Beli Barang Keperluan

Selepas makan tengahari dan solat zohor, aku dan suami di bawa oleh Suhaimi ke Tesco untuk beli barang-barang keperluan untuk malam nanti. Yang pentingnya Duvet sebab cuaca sangat sejuk serta makanan keperluan untuk malam nanti. Aku dah mula mengelatuk kesejukkan. Nasib baik kawan-kawan bagi baju sejuk untuk di pakai. Kalau tidak tak tahu lah macamana.

Masuk Rumah Sewa

Selepas habis membeli belah, kami semua dibawa ke rumah sewa kami di Holbrook. Rumah ni kami suruh Rizal dan Suhaimi cari, sebelum kami sampai dulu. Sewa rumah ni 400 pound sebulan. Ni lah aje rumah yang mereka dapat buat masa ni . Jadi masa kami sampai, rumah ni baru siap di renovet. Cat pun belum berapa kering. Tuan rumahnya Pakistan peramah orangnya. Masuk aje rumah jumpa dapur dulu, baru ruang tamu. Bilik semua di tingkat atas. Ada 4 bilik kesemuanya termasuk satu bilik di atik. Alhamdulillah lah ada tempat berteduh untuk malam ni. Syukur banyak-banyak pada Allah.

Saturday, May 06, 2006

Siapa aku?

Aku dan Keluarga

Aku dilahirkan tanggal 28 Oktober 1966, yang lalu di pekan kecil Tangkak. Ayahku bernama Hj. Abd. Manan dan Abd. Samad dan ibuku bernama Hjh Habibah Hj A Gani. Aku mempunyai tujuh orang adik beradik dan aku adalah anak yang ke empat. Abangku yang sulung bernama Abdul Shukor, kini menetap di Kuala Lumpur, kakak ku pula bernama Asimah dan tinggal di Alor Gajah, Melaka, manakala kakakku yang seorang lagi ni bernama Nor Ashikin yang sekarang tinggal di Perak. Adik-adikku pula bernama Abd Muluk, Rosdan dan Norlaila yang kesemuanya menetap di Kuala Lumpur.

Pendidikan

Aku mula bersekolah di Sekolah Rendah Ledang sehinggalah aku tamat darjah enam. Kemudian aku bersekolah menengah di Sekolah Menengah Tun Mamat Tangkak sehingga aku di tingkatan enam atas. Kemudian aku melanjutkan pelajaran peringkat ijazahku di Universiti Malaya dalam bidang Sains Sosial. Setelah mendapat Ijazah aku mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khanapi Abd Ghani. Kemudian, aku menyambung pelajaranku di peringkat Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak pada tahun 1992.

Kerjaya

Setelah mendapat Diploma Pendidikan aku mula-mula mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat pada tahun 1993 hingga 1997. Setelah itu aku mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat 2 (kini SMK Seri Keramat), apabila sekolah itu mula-mula dibuka. Aku mengajar di situ sehingga tahun 2003. Pada tahun itu, aku mohon berpindah mengikut suami ke kampung halamanku Tangkak dan aku dihantar mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang. Aku mengajar di sekolah itu sehingga tahun 2005,kerana selepas itu aku mengambil cuti tanpa gaji atas sebab mengikut suamiku ke England untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD.

Anak-anak

Aku mempunyai lima orang cahaya mata. Anakku yang sulung bernama Mohd Tirmizi (15 tahun), yang kedua bernama Rabiatul Adawiyah (13 tahun), yang ketiga bernama Khairul Bariyah (12 tahun), yang keempat bernama Imam Baihaqi (10 tahun) dan yang bongsu bernama Imam Hambaly (8 tahun).

Sekarang ini, kami sekeluarga berada di Coventry selama tiga tahun dan akan kembali ke tanah air pada bulan Disember 2008. Oleh itu aku akan kongsi pengalamanku sepanjang aku berada di sini di blogger ini. Selamat Membaca....